Kursus BBM 3410 iaitu Bahasa Dalam Multimedia diwajibkan kepada pelajar tahun akhir yang mengambil pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu. Terasa janggal sewaktu pertama kali mendengar subjek ini. Apa kaitanya dengan bidang bahasa yang kami pelajari? Walau bagaimanapun kami terpaksa ambil kursus ini. Hal ini kerana ianya wajib diambil jika tidak kami semua tidak akan bergraduat. Hari pertama sewaktu pembelajaran agak kelam-kabut. Mahu taknya, pening kepala kami memikirkan siapa yang akan mengajar. Dr Arbaei atau Dr Normaliza? Selepas penerangan yang dibuat oleh Dr Arbaei dan Dr Normaliza baru la kami semua faham. Saat dan ketika inilah segala suka-duka kehidupan bermula. Kelas bahasa dan multimedia banyak memberikan pendedahan yang tidak kami ketahui. Kalau kelas lain kami semua pergi kelas dengar pensyarah mengajar dan bila cukup masa keluar. Tidak ada rasa tertekan kerana segala-galanya dah disediakan.
Namun, kelas bahasa dalam multimedia la yang paling mencabar mental dan fizikal. Sewaktu mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dr Normaliza terkedu kami buat seketika. Banyaknya kerja yang kena buat. Dah la tak boleh datang kelas lambat. Rasa tertekan sangat-sangat. Semuanya kena bergerak pantas. Setiap pelajar yang mengambil kursus ini harus ada kumpulan kerana semua kerja dibuat dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab terhadap kumpulan masing-masing. Kalau tidak cukup ahli kumpulan tugasan tidak dapat diselesaikan. Kelas lain pun ada juga aktiviti dalam kumpulan tapi tidak la setegas kelas bahasa dalam multimedia. Setiap kali ada kelas mesti berdebar tunggu ahli kumpulan yang lambat datang. Kalau salah seorang datang lambat kami semua pun terkena juga. Tegas betul…!! Kelas bermula pukul 12 tengahari, kalau lambat sedikit jawabnya berdiri la kat luar. Tapi Dr Normaliza tak da la suruh berdiri sampai habis kelas. Paling tidak pun kena soal cikit jer. Betul la apa yang Dr buat, kalau bagi muka sangat mesti ada jer pelajar yang datang lambat nanti menganggu pelajar-pelajar lain pula.
Bukan itu saja, tindakan tu bagus kerana kita dapat melatih dan mendisiplinkan diri untuk datang pada waktu dan masa yang telah ditetapkan. Siapa-siapa yang suka sangat datang kelas lambat mesti tak da peluang lagi nak buat cam tu. Rasanya kelas ni lah kehadiran pelajar tidak pernah diambil kerana sudah semestinya semua pelajar menghadirkan diri. Berdebar menunggu Dr masuk. Berdebar bukannya apa, asyik duk fikir apa la tugasan yang akan Dr bagi nanti. Dr masuk jer terus bagi salam dan cakap pasal tugasan yang akan diberi. Rasa tertekan jer, dah la tugasan tu kena hantar hari dan waktu yang dah ditetapkan. Kami buat jer lambat pun kami hantar juga yang penting kami dah hantar dan kami buat tugasan tu. Walau tertekan macam mana sekali pun tugasan tetap kena siapkan. Bila lagi nak bekerja dalam situasi tertekan. Kelas bahasa dalam multimedia la yang mengajar kami buat kerja dalam tekanan. Kadang-kadang rasa nak marah tapi makin lama makin seronok pula.
Banyak yang dapat kami pelajari. Selalunya buat tugasan main-main jer seminggu nak hantar baru buat tapi kelas ni lain. Masa tu la nak kena fikirkan idea dan masa tu juga la nak kena buat sampai siap. Hari rabu waktu kelas multimedia adalah hari yang paling penat. Penat befikir…….Kerja semua buat dalam kumpulan. Tu yang susah. Banyak orang banyak ragamnya. Kat sini ada satu lagi benda baru yang dapat dipelajari. Kerja dalam kumpulan membuatkan kita dapat berkongsi idea dan fikiran. Jadi hilang la cikit tekanan kerana masing-masing memberikan idea dan pendapat yang bernas. Bukan seorang sahaja yang memainkan peranan tapi semua ahli kumpulan mesti sama-sama bergerak. Tidak ada seorang pun yang berpeluk tubuh. Tu baru adil dan saksama. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Ada lagi pepatah yang menyatakan bahawa bercerai kita teguh bersatu kita roboh…
kelas bahasa dalam multimedia adalah kelas yang paling banyak tugasan. Setiap minggu mesti ada jer tugasan baru yang kena buat. Nak tak nak buat jer la. Macam-macam tugasan. Kena buat karangan pasal kaitan bahasa dalam multimedia. Kumpulan kami dapat tajuk penulisan cerita fiksyen dapat membentuk minda kreatif. Lebih kurang macam tu la tajuk dia. Ingat-ingat lupa. Semuanya kena fakir sendiri dan idea sendiri. Awal-awal lagi Dr dah pesan tak boleh ambil sebarang maklumat dari internet. Kalau didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut markahnya akan ditolak dan kena buat semula. Dari kena buat kerja dua kali baik fikir sendiri lagi selamat. Susah ke senang ke kita sama-sama buat dengan ahli kumpulan. Sesuatu masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Betul tak?? Akhirnya tugasan yang diberi siap jua. Namun, ada masalah la pulak…susah betul nak hantar email kat Dr. Tugasan tu kena hantar kepada Dr melalui email. Kami berusaha juga sedaya upaya yang mungkin agar tugasan tersebut dapat dihantar. Alhamdulillah, dapat juga hantar walaupun terlambat.hehehe…. Terima kasih yer kawan-kawan semua!! Tugasan tersebut memang meletihkan..
Berdebar tunggu minggu seterusnya. Ntah apa-apa lagi la tugasan kali nie.Eh, lupa la plak nak bagitahu. Mula-mula sekali Dr terangkan pasal asas grafik. Maklumlah dah nama pun kelas bahasa dalam multimedia kena la tau serba-sedikit tentang tu..Kami yang tak ada apa-apa pengetahuan langsung tentang asas grafik dapat la tahu pasal ni Nasib baik la kami wajib ambil kursus ni. Rupa-rupanya penting juga walau pun pengkhususan kami bahasa dan linguistik Melayu. Hari demi hari detik demi detik tibalah minggu seterusnya di mana akan ada satu lagi tugasan terbaru. Minggu sebelumnya Dr dah pesan kena bawa majalah, gunting, reben dan sebagainya. Kami bertanya sesame sendiri tugasan apa pula yang bakal menjelma. Tugasnya adalah mencari gambar-gambar ikut asas grafik Susahnya hati bila dengar tugasan tu. Apa kami nak buat nie? Macam mana nak buat? Masing-masing diam jer mendengar penerangan daripada Dr. Caranya, cari gambar dalam majalah yang ada asas grafiknya iaitu mudah, teks, kesesuaian, keseimbangan, mudah dan warna. Bergerak la kami dalam kumpulan demi menyiapkan tugasan tu. Pukul dua dah kena hantar. Masa ada lagi sejam setengah. Sempat ke tak nie? Semua dah kelam-kabut. Masing-masing ada tugasan tersendiri. Setiap ahli kumpulan dah dibahagikan apa yang perlu ada. Kena hati-hati bila nak lekatkannya. Dr dah pesan tak boleh ada gelembung. Kalau ada Dr tak nak terima. Eee…takutnya!! Teliti betul la Dr nie…nak pergi tandas pun tak sempat. Tak ada masa dah nak keluar pergi mana-mana. Dah tak peduli orang yang penting siapkan kerja. Bila tugasan dah siap baru lega. Rasa puas hati.
Lagi satu tugasan Dr nie kena siapkan terus dan hantar pada hari yang sama. Yang tak bestnya kena buat tugasan cepat-cepat dan hantar. Yang paling bestnya, bila tugasan dah hantar kita tak payah pikir lagi dah pasal tugasan tersebut. Boleh rileks….Tertekan kejap jer waktu nak siapkan tugasan lepas tu dah ok, dah tak da rasa tertekan. Kerja dan siap hati pun lega. Hehehe…Bagus la cara Dr!! Dah dua tugasan kami siapkan. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Setiap minggu la dikatakan ada jer tugasan. Makin lama makin seronok sebab dah biasa dengan situasi macam nie. Dah namanya pelajar jadi kena la terima apa yang nak diajar. Makin bertambah-tambah la pengetahuan. Daripada tak da pengetahuan langsung menjadi tahu. Itu yang kami nakkan. Ini tak, masuk-masuk kelas jer semuanya dah ada. Nota semua dah diberi. Kelas bahasa dalam multimedia ni semuanya kena cari sendiri.Huhuhu….Rasa beban kerja makin bertambah-tambah. Apa pun usaha jer la lakukan yang terbaik demi kepuasan semua ahli kumpulan. Susah senang kita kongsi bersama-sama.
Yang paling bestnya masa bergambar. Bukan bergambar untuk suka-suka tau tapi untuk tugasan yang seterusnya. Semuanya wajib bergambar. Setiap kumpulan mesti tunjukkan kreativiti masing-masing masa ambil gambar tu. Bukan main ambil jer kena ada juga asas-asas grafiknya. Bukan main kami berposing. Hehehe….Best tau! Macam-macam gaya tapi menepati la dengan apa yang Dr nakkan. Nak cakap kelas nie boring tak juga, memang tak boring la enjoy jer lebih. Lagi satu kelas Dr Normaliza nie kita takkan ada masa nak borak-borak dengan kawan-kawan yang lain apatah lagi mengantuk. Dah tak da istilah mengantuk kalau masuk kelas Dr. kalau kelas lain ada juga la tidur-tidur ayam. Tapi yang nie berbeza tak berani nak tidur. Tak da pun rasa mengantuk walau sedikit. Hebat la!! Ganbar-gambar tu semua kena buat dalam bentuk power point untuk pembentangan Bukan kumpulan kami jer yang kena buat, semua kumpulan pun sama juga.
Setiap gambar tu haruslah ada kaitan dengan peribahasa atau simpulan bahasa. Dalam banyak-banyak tugasan yang ni lah paling best. Nasib la Dr tak suruh bentang hari yang sama. Kalau tak memang kelam kabut dibuatnya. Dah la tak pandai nak bergambar, nak kena fikir macam mana nak tangkap gambar yang bersesuai dengan peribahasa dan simpulan bahasa, macam-macam la ada dalam kepala nie. Dr banyak membantu sewaktu sesi bergambar tu. Kami buat seperti mana yang diajar, akhirnya pengambaran selesai juga. Tugasan yang paling saya tidak suka adalah melukis. Saya nie tak pandai melukis. Nak lukis orang lidi boleh la. Jadi tugas saya mewarna jer la. Tugas lukis-melukis kami serahkan pada salah seorang ahli kumpulan. Tugasan yang lain ok tapi bila tiba bab melukis nie rasa tak best pula. Tak seronok la, bila tengok orang lain pandai melukis kita pun teringin juga tapi nak buat macam mana dah tak pandai. Bukan tak cuba untuk melukis, dah cuba tapi satu pun tak menjadi. Tengok jer la orang melukis. Hari tu kena buat E-majalah. Kumpulan kami buat tema busana muslimah. Tugasan ni memang banyak la kena melukis dan mewarna. Tak sempat tangan nak buat walau pun ada 6 orang dalam kumpulan. Kami siapkan juga E-majalah tu walau pun dah lambat. Tak sangka menjadi juga E-majalah kami yang bertemakan busana muslimah tu. Lega rasanya.
Ada satu minggu kuliah, Dr Arbaei mengambil alih sesi pengajaran. Ingatkan Dr Normaliza dah tak mengajar dah..rupa-rupanya Dr tetap mengajar. Waktu Dr Arbaei ambil alih kelas, saya tengok kawan-kawan semua mengantuk termasuklah saya sendiri. Kalau kelas Dr Normaliza tak ada peluang mengantuk punya. Semuanya segar-segar dan cergas-cergas belaka…Dr Arbaei mengajar cara membuat papan cerita. Ada la satu tugasan yang kami dah hantar kepada Dr Arbaei. Kami dikehendaki membuat satu papan cerita yang betemakan tsunami. Ingatkan Dr Arbaei ambil akan mengajar terus kelas ni tapi alih-alih Dr Normaliza juga yang mengajar. Tapi nak byat macam mana, lagi pun kami dah serasi dengan cara Dr Normaliza. Seronok sangat-sangat walau pun tertekan. Dr Normaliza dah buat kelas tutorial untuk kursus bahasa dalam multimedia. Tutorial ni lagi banyak kerja yang kena buat. Macam-macam tugasan yang diberi.
Sem ni la paling sibuk dengan tugasan yang berlambak dengan kertas projek lagi yang tak siap. Tertekannya…..Berbalik kepada kelas tutorial, rasa bersyukur sangat-sangat dan berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada Dr Normaliza dan Cik Alia. Kalau tak ada kelas tutorial ni, saya nak guna Adope Photoshop pun tak tau. Bukan sahaja Adope Photoshop, nak guna Microsoft Font Page pun tak reti. Dah la tau apa fungsi benda tu semua. Melalui kelas tutorial ni semua benda yang tak tahu menjadi tahu. Kelas tutorial yang pertama kali kami semua kena buat tayangan slide. Tajuk yang dipilih mesti lain daripada tajuk orang lain dan tak boleh sama dengan kumpulan tutorial yang lain. Tugasan nie pun tak kurang hebatnya juga. Masa yang diberi untuk menyiapkan tugasan pertama adalah selama dua minggu. Cukup la waktu yang diberi lagipun buat slide jer yang memang sudah menjadi kebiasaan cuma cara nak masukkan lagu yang tak tahu nak buat. Nasib tugasan nie tak bagi apa-apa masalah. Cuma waktu nak masukkan lagu dan nak tentukan masa untuk setiap slide jer ada sedikit kesukaran. Namun, semuanya dapat diatasi dan tak ada la tekanan sangat untuk tugasan yang pertama nie. Kami dah diingatkan supaya memastikan lagu berbunyi sewaktu persembahan slide kalau tidak markah tidak akan diambil kira. Semuanya berjalan lancar.
Dah habis buat tayangan slide kami diarahkan untuk menghasilkan kalendar tahun 2009. Bukan main susah nak buat kalendar. Dah la tak tahu menggunakan Adope Photoshop. Rasa nak marah sangat-sangat. Namun, tugasan yang diberi tetap kena buat. Caranya adalah dengan belajar daripada kawan-kawan yang tahu dan mahir menggunakan Adope Photoshop. Iyelah, kalau tak belajar mana nak pandai buat semua nie. Cik Alia dah ajar dalam kelas cuma nak dapatkan benda baru tu yang pergi belajar dengan kawan-kawan. Sekurang-kurangnya dapat sedikit ilmu pengetahuan baru. Apa yang Cik Alia ajar kita ikut dan buat tetapi kalau nak menambahkan lagi ilmu pengetahuan kena la bertanya kepada yang lain yang lebih mengetahui dari kita. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan kalau nak menimba ilmu. Kalau diam jer kita yang rugi. Orang lain dapat belajar sesuatu yang baru kita pula masih lagi berada pada tahap yang sama langsung tidak ada kemajuan. Insyaallah kawan-kawan pun akan membantu kita. Bak kata pepatah “malu bertanya sesat jalan”. Akhirnya siap juga kalendar. Rasa seronok sangat bila tengok kalendar yang dah siap. Walaupun kena bayar waktu nak print kalendar semua tu dah tak kisah yang penting hasilnya yang kita nak. Dah berminggu-minggu buat kalendar mestilah nak tengok sesuatu yang membuatkan kita rasa gembira dan puas hati. Usaha kita akhirnya mendatangkan kejayaan Rasa puas hati sangat, apa yang kita buat selama ni berbaloi dan mendatangkan manfaat. Tak rugi ambil kursus bahasa dalam multimedia.
Dah abis kalendar, ada pula tugasan baru yang menjelma. Tugasnya, kena buat website la pula. Nak buat website kena guna Microsoft Font Page. Kena pergi install lagi tapi yang tu tak menjadi masalah. Tak rugi pun kalau install benda tu. Lagi memberikan manfaat ada la. Macam mana nak buat semua nie?? Letihnya, banyak sangat tugasan. Tugasan untuk subjek yang lain pun ada juga dan belum lagi siap. Sakit kepala memikirkan pasal tugasan yang bertimbun-timbun. Apa-apa pun buat jer la, jangan ingkar dengan arahan. Nak buat website lagi mencabar daripada buat kalendar. Berapa malam tak tidur belajar buat website dengan kawan-kawan. Ada jer masalah dengan website nie. Kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak menjadi. Masukkan gambar, gambar pula hilang. Bila nak hyperlink tak boleh nak link. Rasa tertekan teramat-amat. Lagi seronok buat Adope Photoshop. Macam-macam la dugaan waktu buat website. Waktu nie pun ramai kawan-kawan yang membantu, memberi tunjuk ajar cara menghasilkan website. Waktu buat dalam laptop sendiri tak ada masalah. Dah lega kerja dah siap tapi dugaan tu ada jer yang datang. Bila buka tugasan guna komputer kat makmal semuanya lain. Tak ada gambar la, gambar ada separuh la, gambar kabur la, macam-macam lagi la. Sabar jer…Time kena hantar bukan main berdebar takut Cik Alia tak nak terima. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walau pun ada sedikit masalah. Bukannya semua orang tahu nak buat website. Kami dah la pelajar bahasa dan linguistik Melayu. Mesti semua orang di luar sana akan menganggap yang kami tidak tahu pasal multimedia terutamanya yang melibatkan teknologi maklumat nie. Dengan adanya kelas nie dapatlah pengetahuan baru lagi. Terima kasih Cik Alia dan juga Dr Normaliza.
Akhir sekali tugas terakhir bagi tutorial BBM 3210, kami semua kena buat blog. Rasa nak menjerit jer…makin lama makin susah. Nak buat blog nie kena ada internet kalau tak ada mana boleh buat. Lagi satu sebelum nak buat blog kena pergi temuramah tokoh-tokoh yang telah menghasilkan buku-buku berbentuk ilmiah atau karya kreatif. Bertambah-tambah la kerja yang dah sedia ada. Siapa yang harus kami temuramah nie? Peningnya kepala. Kata Cik Alia, blog yang dihasilkan mesti la ada tema jadi tema blog untuk kali nie mestilah tokoh-tokoh yang berjasa. Kesemua blog mesti ada 10 post. Lagi tak faham apa tu post? Maklumlah tak pernah buat blog, nie kali pertama nak mencuba buat blog. Bila dah diajar barulah faham…Masa diberi hanya dua minggu sahaja untuk menyiapkan blog. Nak tak nak kena fikir juga siapa tokoh yang harus ditemuramah. Akhirnya, hanya seorang sahaja tokoh yang berlegar-legar di sudut minda. Orangnya Prof Madya Dr Arbak Othman. Bukan main susah nak jumpa dengan Prof. Katanya sibuk sangat nak buat artikel. Tak pa la Prof kami faham..Apa-apa pun terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dan membantu kami. Bukan setakat temuramah jer, kami kena bergambar lagi dengan Prof. Tujuannya adalah untuk dijadikan bukti yang kami telah menjalankan tugasan yang telah diberikan. Bergambar jer la apa susahnya…lagi elok kalau dalam blog ada gambarkan?? Banyak juga la gambar yang diambil. Selain bergambar dengan Prof kami juga telah mengambil gambar buku-buku yang telah dihasilkan oleh beliau. Begitu banyak sumbangan beliau dalam bidang akademik. Cerita keseluruhan tentang diri Prof, sumbangan dan penglibatan beliau telah saya sematkan dalam blog yang dihasilkan. Kesemuanya ada dalam blog tersebut.
Banyakkan kerja yang kena buat. Apa pun kelas nie paling best dan enjoy. Berbalik kepada kelas Dr Normaliza, kadang-kadang Dr ada bagi kuiz untuk dijawab oleh semua kumpulan. Malangnya, kumpulan saya tak pernah dapat jawab. Kejap sangat masa yang diberi untuk menjawab soalan tersebut. Mana la kami sempat. Sedihnya….Tak per lah mungkin bukan rezeki kumpulan kami. Sabar jer la…Sebenarnya ada satu lagi tugasan yang paling mencabar. Wajib buat dan persembahkan. Tugasannya adalah menjalankan satu aktiviti amal di rumah anak yatim. Tugasan nie Dr dah bagitahu awal-awal jadi kami pun senang nak buat persediaan. Kelas lain tak da pun buat aktiviti sebegini. Memang terasa aneh apabila kursus BBM 3210 bahasa dalam multimedia mewajibkan kesemuanya pelajarnya terlibat dalam aktiviti tersebut. Apa kaitan aktiviti ini dengan bahasa dalam multimedia?? Tugasan nie la yang paling berat dan sukar dilakukan. Namun, demi tugas yang telah diamanahkan aktiviti ini perlu dilaksanakan seperti mana yang telah diarahkan.
Bagi tugasan ini, setiap kumpulan harus memilih tempat atau rumah anak-anak yatim yang ingin dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti amal. Ada juga kumpulan yang bergabung di mana setiap kumpulan tidak lebih dari dua kumpulan. Ada juga yang memilih untuk tidak bergabung. Itu terpulang kepada kumpulan masing-masing. Kami telah bergabung dengan kumpulan yang lain tetapi aktiviti yang dilakukan adalah secara berasingan. Setiap kumpulan mempunyai agendanya yang tersendiri. Masing-masing sudah ada perancangan untuk aktiviti yang harus dibuat sewaktu bersama anak-anak yatim tersebut. Setelah kata sepakat dibuat, kami telah memilih rumah PERNIM sebagai tempat untuk melakukan aktiviti amal tersebut. Bukan main susah cari rumah anak-anak yatim nie.
Alhamdulillah, pengasas PERNIM sudi menerima kehadiran kami semua. Apabila kehadiran kami dipersetujui bukan main gembira lagi. Kalau tidak kami semua tidak tahu ke mana lagi nak mencari rumah anak-anak yatim. Kesemuanya dah ada kumpulan lain yang cari. Kali pertama ke PERNIM untuk berjumpa dengan pengasas PERNIM, awal-awal lagi dah kena marah dengan ‘mama’ pengasas PERNIM. Sedihnya...hari tu kami pergi untuk meminta persetujuan dari mama untuk mengadakan program nie dekat PERNIM. Kami sebagai tetamu tak berani la nak buat rumah tersebut macam rumah sendiri lagi pun nie kali pertama ke PERNIM jadi kami tidak tahu macam mana keadaan di sana. Alih-alih kena marah pula..nak buat macam mana mungkin salah kami semua. Program tersebut diadakan adalah untuk memenuhi satu lagi tugasan. Apa-apa yang kami buat kena rakam. Berbagai-bagai masalah yang timbul sewaktu memulakan program nie. Dah la kami semua sesat, lupa jalan pergi ke PERNIM tetapi alhamdullilah kami sepakat dan bekerjasama akhirnya jumpa juga rumah PERNIM walaupun terlewat sedikit. Apabila sampai di sana kami diberitahu oleh Bella, pengurus PERNIM bahawa pagi tu terdapat dua lagi kumpulan yang datang untuk lakukan program di PERNIM juga. Kami semua dah tercengang. Macam mana nak buat? Macam mana dengan program nie. Takkan nak dibatalkan pula. Masa dah suntuk untuk tukar tarikh. Macam mana pun kena buat juga hari tu.
Arahan pertama yang kami dapat daripada pengarah program nie, kami semua diarahkan untuk bergotong-royong. Kerjanya basuh baju, jemur baju dan lipat baju. Banyak betul pakaian anak-anak PERNIM tu. Yang uniknya mereka semua dikehendaki memakai baju yang sama kebanyakannya baju berbelang-belang. Anak-anak PERNIM terdiri daripada bayi yang masih kecil hinggalah yang dah dewasa. Sibuk kami hari tu mengemas pakaian mereka semua. Terlalu banyak pakaian yang harus dibasuh. Nasib pakai mesin basuh, kalau pakai tangan tak tau la nak cakap per. Apa-apa pun kami gembira kerana dapat melakukan sesuatu untuk mereka. Apabila dan selesai, kami semua melaksanakan program seperti mana yang terdapat dalan tentatif program. Programnya adalah mengajar anak-anak PERNIM membuat latihan, mewarna, membaca, mengenal huruf dan latihan tatabahasa. Setiap anak-anak PERNIM yang ada telah dibahagikan mengikut peringkat umur tertentu. Ada tiga peringkat semuanya iaitu peringkat prasekola, peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Yang paling bestnya saya dan beberapa orang rakan yang lain ditugaskan untuk mengajar peringkat sekolah menengah. Tak ramai sangat dalam kalangan mereka yang bersekolah menengah. Kebanyakkanya bersekolah di peringkat sekolah rendah dan prasekolah.
Kami bernasib baik kerana anak-anak PERNIM tak menimbulkan masalah, cuma sewaktu hendak menggumpulkan mereka sahaja ada sedikit masalah. Maklumlah mereka nie bukan seperti anak-anak yatim yang lain. Mereka dijaga dan dibesarkan ibarat anak sendiri.
Ada juga dalam kalangan mereka yang degil dan nakal tetapi sewaktu kami semua mengajar mereka menurut dan mendengar arahan daripada kami. Setiap soalan yang diajukan mereka cepat-cepat memberikan jawapan. Itu menandakan mereka nie cergas dan cerdas. Walau pun mereka sibuk membantu ‘papa’ membuat kerja namun mereka tidak lupa kepada kertas soalan yang telah kami edarkan untuk dijawab. Semua latihan yang diberi mereka buat dengan sempurna. Mereka tidak mengeluh malahan gembira dan bergelak-ketawa. Rasa lucu melihatkan kerenah mereka semua. Kanak-kanak ini juga menunjukkan reaksi yang positif sepanjang program ini dijalankan. Selesai sudah sesi pembelajaran tibalah kepada saat menjamu selera pula. Makanannya kami sediakan sendiri. Kami bawa dari kolej untuk anak-anak dari PERNIM. Jom adik-adik kita makan!!! Begitu berselera sekali mereka makan. Penatnya melayan adik-adik dari PERNIM nie makan. Leaps makan apa lagi, kemas la balik tempat tu nanti tak pasal-pasala kami semua kena marah lagi. Tak sanggup dah kena marah. Jadi untuk mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi kami pandai-pandai la buat rumah PERNIM tu sebagai rumah sendiri. Hehehe….Adik-adik kat sini pun banyak menolong…gembiranya dapat bersama-sama dengan mereka. Jika diberi peluang sekali lagi ingin rasanya berkunjung ke sana buat sekian kalinya. Tidak pernah lagi aktiviti seumpama ini dibuat bagi kursus-kursus yang lain. Memang best la..!!! Bukan apa, sekurang-kurangnya kami dapat sedikit pengalaman dengan menyertai aktiviti ini. Masa semakin suntuk dan program ini sudah semestinya akan menutup tirai. Sebagai kenang-kenangan bersama dengan pengasas PERNIM kami bergambar bersama-sama. Sebelum berangkat pulang kami memberikan sedikit cenderamata kepada mama dari kami semua. Hanya itu sahaja yang mampu diberi untuk tatapan semua.
Kata-kata dan kalimat ini ditujukan khas buat teman-teman dan juga teristimewa buat Dr Normaliza selaku pensyarah BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia. Tidak lupa juga kepada Dr Arbaei yang pernah mengajar kami walaupun seketika cuma. Semoga segala ilmu yang Dr sampaikan kepada kami akan tetap abadi buat selama-lamanya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Titipan khas buat kawan-kawan selama berada dan belajar dalam kelas bahasa dalam multimedia, semoga kalian semua terus berjaya dan gembira sentiasa. Kepada Cik Alia selaku tutor, berbanyak-banyak terima kasih dari kami semua. Tidak lupa juga kepada Dr Normaliza, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kerana sudi mencurahkan ilmu kepada kami semua. Sesungguhnya selama mengambil kursus ini begitu banyak ilmu dan pengetahuan yang telah dipelajari. Segala tunjuk ajar Dr amat berguna kepada kami semua. Setiap tindakan yang dilakukan begitu menyedarkan kami betapa pentingnya nilai permuafakatan. Hanya itu sahaja yang mampu saya coretkan
dalam ketika dan kalimat. Semoga Dr menghalalkan segala ilmu yang telah diberikan kepada kami semua dan maafkan kami jika sekiranya ada salah dan silap selama belajar kursus bahasa dalam multimedia. Mintak halalkan segala ilmu yang diajar dan terima kasih kerana sudi mendidik dan membimbing kami semua.
Alhamdulillah - Dr Aliaa & Ikhwan
3 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan