? ??????????????Just Maybe? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??71 Grabs Today. 71 Total Grabs. ?????
?Get the Code?? ?? ?????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 Ratings)??69 Grabs Today. 97391 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Mystical? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (31 Ratin CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Selasa, 31 Mac 2009

Penghasilan Karya Kreatif







Prof Madya Dr Arbak Othman bukan sahaja terlibat dalam bidang penulisan buku-buku ilmiah malah beliau juga turut serta dalam penghasilan karya-karya kreatif. Beliau telah menghasilkan sebuah novel. Novel tersebut berjudul Dari Dilema Ke Destini. Novel yang berjudul dari Dilema Ke Destini merupakan novel pertama yang diterbitkan oleh Peberbit Pustaka Nusa pada tahun 2002.Selain itu, beliau juga menghasilkan beberapa antologi puisi yang berjudul Peta Cinta. Antologi ini merupakan antologi pertama yang telah diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2001. Penerbit yang sama juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa tahun 2004, Sketsa Kehidupan 2005 dan Suara Gundah Di Bumi Basah 2006 dan Luka Mimpi pada tahun 2007.











Latar Belakang Pendidikan


Prof Madya Dr Arbak Othman melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970 sehingga tahun 1973. Pada tahun inilah beliau telah dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Seterusnya beliau telah meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978

Serba sedikit mengenai Prof Madya Dr Arbak Othman




Kedatangan kami disambut dengan penuh keikhlasan. Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan namun beliau sudi meluangkan sedikit masa melayan karenah kami semua...Soalan demi soalan diajukan untuk menyingkap latar belakang dan pengalaman yang beliau miliki. Sejak dari awal pertemuan beliau tidak lokek dengan senyuman. Di sini penulis telah menceritakan tentang diri beliau. Nama diberi Arbak Othman. Beliau dilahirkan pada 10 Februari 1944 di kampung Sebatu, Melaka. Beliau merupakan anak jati Melaka. Arbak Othman bertugas sebagai seorang pensyarah dan menjawat jawatan sebagai Prof Madya Dr Arbak Othman di Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor Darul Ehsan. Setiap insan sudah semestinya mempunyai hobi yang tersendiri. Begitu juga dengan Arbak Othman. Hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi. mencipta puisi dan lirik lagu. Beliau juga genar menonton persembahan teater dan sayembara lirik lagu. Selain itu, beliau juga gemar menulis novel. Terima kasih yang tidak terkira diucapkan kepada Prof Madya Dr Arbak Othman kerana sudi meluangkan masa.........

Khamis, 26 Mac 2009

detik-detik permulaan


Segalanya bermula di sini.....

kami telah ditugaskan untuk mewawancara seorang tokoh yang terlibat dalam bidang penulisan. Jadi pada 23 hari bulan 4 saya telah menemuramah tokoh terbabit. Tepat jam 2.oo petang, sesi temuramah diadakan. saya dengan beberapa rakan yang lain telah memperolehi beberapa maklumat daripada tokoh tersebut. Beliau ialah Prof Madya Dr Arbak Othman. Beliau merupakan pensyarah di jabatan bahasa Melayu.

kenali diri faten


Nama : Fathenwan bt Wan Mohd Nor

Asal : Kota bharu, kelantan

Tarikh lahir : 10 Oktober 1986

Hobi : Baca novel
saya memang suka sangat-sangat baca novel tapi saya tak ada koleksi novel tersebut. kesemua novel tu saya pinjam daripada kengkawan jer. Insyaallah satu hari nanti saya akan dapatkan novel-novel tu.hehehee.........