Kedatangan kami disambut dengan penuh keikhlasan. Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan namun beliau sudi meluangkan sedikit masa melayan karenah kami semua...Soalan demi soalan diajukan untuk menyingkap latar belakang dan pengalaman yang beliau miliki. Sejak dari awal pertemuan beliau tidak lokek dengan senyuman. Di sini penulis telah menceritakan tentang diri beliau. Nama diberi Arbak Othman. Beliau dilahirkan pada 10 Februari 1944 di kampung Sebatu, Melaka. Beliau merupakan anak jati Melaka. Arbak Othman bertugas sebagai seorang pensyarah dan menjawat jawatan sebagai Prof Madya Dr Arbak Othman di Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor Darul Ehsan. Setiap insan sudah semestinya mempunyai hobi yang tersendiri. Begitu juga dengan Arbak Othman. Hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi. mencipta puisi dan lirik lagu. Beliau juga genar menonton persembahan teater dan sayembara lirik lagu. Selain itu, beliau juga gemar menulis novel. Terima kasih yang tidak terkira diucapkan kepada Prof Madya Dr Arbak Othman kerana sudi meluangkan masa.........
nama diberi fathenwan bt wan mohd nor. Kengkawan panggil saya faten. saya anak ke-2 daripada 8 orang adik beradik. Sekarang saya sedang menuntut di universiti putra malaysia. mengambil bacelor sastera bahasa dan linguistik melayu. Sekarang merupakan sem akhir aku berada di sini. Kadang-kadang tu rasa gembira jugak tapi kadang-kadang rasa berat hati nak tinggalkan universiti ni.huhuhu
0 ulasan:
Catat Ulasan